Carik Geng Isnin, Apr 23 2007 

Aku tgh carik membe yang berminat nak pegi meeting Next View Traders Club ari Rabu nih. Info pasal meeting tu leh rujuk kat: http://www.thenextview.com/courses/my_20070425_nvtmforex.htm

Aku carik member sebab:

  1. Kalo pegi 2 orang lagi murah. Jimat RM14 sorang.
  2. Aku tak tau jalan. :-(

Sape berminat silalah bagitau ye…

-Fuad-

ATIC 2007 Presentation Slide Jumaat, Apr 20 2007 

Aku baru dapat email dari orang Next View dan dia dah bagi aku presentation slide utk ATIC aritu. Malangnya, slide yang dia kasik tu sume aku tak attend seminar tuh. Seminar yang aku attend satu pon tak dek dalam list tuh.

Apapon, kalo korang nk slide tuh leh download kat link nih:

www.jommainsaham.com/seminar

Username : slide , Password: saham

Pada yang nk download e-book :

www.jommainsaham.com/ebook

Username: ebook , Password: saham

Harap berguna untuk korang..

-Fuad-

p/s: Dengar desas desus, market tgh masuk fasa 2nd bearish wave.. Huhu..

Saham harga bawah 15 sen Isnin, Apr 16 2007 

Buat En. Ran. Aku tak sempat nk borak panjang2. Aku sempat wat tapisan sket untuk share yang murah pada definisi ko. heheh. Iatu harga di bawah 15 sen. Aku pakai simple explorer step.

under152.jpg

Keputusannya:

  1. AFFIN-WB 0.105
  2. AIC-WB  0.11
  3. AMMB-OS  0.045
  4. AMMB-WA  0.005
  5. AMSTEEL  0.07
  6. AHTIN  0.055
  7. BIMB-OR  0.065
  8. BOLTON-WA 0.005
  9. COMSA  0.025
  10. COMSA-WA 0.01
  11. DKMAT  0.045
  12. DFZ-PA  0.11
  13. DFZ-PD  0.125
  14. DIGISTA-WA 0.11
  15. DKLS-WA  0.05
  16. ECOFIRS-WB 0.105
  17. FCW-WA  0.08
  18. FIAMMA-WA 0.005
  19. GTOWN  0.055
  20. GLOSOFT-WA 0.12
  21. HIL-WA  0.005
  22. HLIND-WA 0.005
  23. IDAMAN-LB 0.14
  24. KAMDAR-WA 0.125
  25. KARYON-WR 0.09
  26. KBUNAI-WA 0.005
  27. KBUNAI-WB 0.005
  28. KEJORA-WA 0.06
  29. KIG  0.03
  30. KLINFRA  0.12
  31. LINEAR-WA 0.135
  32. LITYAN  0.02
  33. MALTON-WA 0.005
  34. CRIMSON  0.08
  35. METPLEX  0.03
  36. MMM-WA  0.035
  37. MMM-WB  0.09
  38. MMM-WC  0.1
  39. MPTECH  0.075
  40. NEXNEWS-OR 0.135
  41. PMIND  0.095
  42. PARACOR-WA 0.005
  43. PARACOR  0.01
  44. PATIMAS-WA 0.11
  45. PMIND-WA 0.055
  46. POLYMAT  0.06
  47. RHB-WA  0.005
  48. RHB-WB  0.13
  49. RHB-WC  0.005
  50. SAFEGAD-WA 0.1
  51. SATERAS  0.105
  52. SCIENTX-WA 0.005
  53. SCOMI-CA 0.005
  54. SILVER-WA 0.14
  55. SILSTON  0.065
  56. SUNINC-WB 0.08
  57. SUNINFR-WA 0.065
  58. TALAM-PA 0.1
  59. TANCO-WA 0.095
  60. TENGARA  0.145
  61. THGROUP-WA 0.005
  62. TWSCORP-WB 0.005
  63. WEMBLEY  0.055

Stock yang di tapis ni dalam main board sahaja berdasarkan close price pada 16 April 2007. Harap dapat membantu.

p/s: Ran, Ko utang aku lagi explaination camne kalo mother share syariah complaint tapi warrant dia tak. :-P

-Fuad-

Cite Pasal Patimas Jumaat, Apr 6 2007 

Arini aku nk memenuhi permintaan seorang sahabat, buat Analysis utk kaunter PATIMAS. Sebenornya aku tgh sebok tahap cipan memangdangkn ni first week aku keje kat company baru. Aku mmg tak sempat nk spend time utk hobi aku iaitu belajar saham. Sebab tu dah tersadai kedua2 blog kesayangan aku nih. :-(

Apapun, bak kata Robert Kiyosaki, Aku kene jujur dengan diri sendirik. Pesan Dr. Fadhilah Kamsah jugak, jangan carik alasan. Okla aku mengaku, “Aku tak berusaha bersungguh2 untuk spend sedikit masa utk goal aku”. Heheh. Mekasih kat Bro Emry kerana mengingatkan. (Eh, macam dah salah blog jek aku nih)

Straight to the point. Aku wat 3 time frame dalam analisis nih iaitu based on daily, weekly ngan monthly data. Based on monthly punyer data seolah2nya dah nk reverse. Sebab aku tgk RSI dia baru turun dari oversold punyer level. Tapi trend dia, ADX masih mantap lagi. KLCI ngan KLSE Tech Index pon macam ok. Walaupun dia lilin itam, tapi bulan 4 ni baru 1st week. 3 minggu lagi blom tahu lembu atau beruang yang berkuasa.

montly_5407.jpgMonthly Chart (klik utk besarkan)

Weekly pon walau overall nmpk bullish, kehadiran lilin itam minggu ni macam buat cuak jek. Tapi aku tgk at the other angle. Bila wave besar tgh naik, ombak2 kecik ni la peluang nk copet sket wat stail gerila. Keseluruhan nmpak menglembu.

weekly_5407.jpgWeekly Chart (klik utk besarkan)

Daily ni, start ari isnin asek beruang jek. Tapi makin ujung ni power dia makin kurang, Yang kurang enak dia ialah kewujudan lilin putih panjang tak ingat time 27/3/2007 tuh. Botak pulak tuh brader (Long Murubozo White Candle). Taiko tu. Pastu di ikuti plak dgn kunco2 dia iaitu 3 ekor burung gagak itam (Three black crows). Gabungan mereka ni macam nk membelasah price sampai RM0.15 jek. Namun kehadiran tweezer bottom yang iras2 bullish harami cross tu buat aku makin optimis dgn kejatuhan empayar beruang. ADX ngan RSI utk daily data ni tak memberikan putunjuk2 yang menarik.

daily_5407.jpgDaily Chart (klik utk besarkan)

Something to Ponder: Tender yang di bid oleh Patimas untuk projek NIMC Central Data Centra in Nigeria akan tahu keputusan dia bulan 4 ni.

Pendapat Aku:

Aku rasa terbaik buat conservative trader carik stock lain sebab big wave dia macam dah nk reverse dah.

Memandangkan aku nih lebih macam aggressive, pandangan peribadi aku ialah beli arini pada harga RM0.185 (kalo dia cecah harga tu la, kalo tak takyah beli). Pastu letak Stop Loss kat RM0.175.

Alasan aku:

  1. ADX(6) utk monthly data = 61. Tinggi tu. Tgh trending tak ingat. Reason aku boh period dia 6 sebab aku nk tgk based on half year effect.
  2. KLCI ngan KLSE Technology punyer Index dua2 tunjuk tgh naik (untuk monthly data)
  3. ADX(5) utk weekly data = 48, which is higher than 40. Masih menunjukkan trending patern. Reason aku boh period dia 5 sebab aku nk tgk a month punyer effect plus 25% of last month.
  4. MACD Expert Advisor tunjuk weekly trend still bullish
  5. KLSE Technology Index weekly jugak tujuk bullish trend.
  6. EMA(3) atas dari EMA(7) utk weekly. Masih dalam buy signal punyer range. 
  7. Candlestick kat daily data tunjuk ada tweezer bottom. Indicator untuk minor reversal. Tweezer bottom dia dgn doji plak tuh. Kalo korang perasan tweezer bottom ni, kalo aku ckp bullish harami cross pon macam btol gak kan.? Apapun dua2 tu menunjukkan potential bottom reversal.
  8. Volume dia makin kurang. Power beruang macam dah makin lemah untuk minggu nih.
  9. Risk/Reward Ratio = 2

Ini pendapat aku saja. Aku tak sama sekali nak mempengaruhi korang mengikut pendapat aku. Namun aku amat mengalu-alukan komen korang kalo korang rasa something wrong ngan analisis aku. Calo..

-Fuad-

P/S: Sebab aku dimintak buat TA jek, so aku wat TA jek. Sape ada buat FA leh la kongsi skali. Heheh. Pemalas punyer Fuad. :-P

Metastock Explorer Selasa, Mac 27 2007 

Arini aku nk crita apa yang aku dok kaji selama 3 hari. Metastock explorer. Tahukah korang bertapa byknya saham kat Bursa Malaysia tu? Aku tak tau.. heh. Leh tulun bagitau tak?

Sebab byk sgt saham, camne kita nk pilih saham nak main buat masa sekrang. Kalo rajin leh bukak chart satu2 tgk mana stock yang patern chart dia menarik. Tapi jenuh la kan. Salah satu cara yang agak efektif ialah menggunkan Metastock Explorer. Benda alah ni akan tapis saham2 yang byk tu mengikut kriteria yang telah ditetapkan (kita la yang define criteria tu)

First thing kena tahu dulu apa yang nk dicari. Macam aku buat ni aku nk tgk close price arini lagi tinggi dari harga semalam. Aku define, paling koman pon harga arini mesti 15% lagi tinggi dari semalam (aku tgh carik trend yang tgh menglembu). Pastu aku define plak, make sure volume arini lagi tinggi daripada biasa, guideline aku mesti tinggi 70% daripada 50-day MA utk Volume. Biasanya Volume tinggi ni menunjukkan kuasa lembu tu tgh tahap dewa. Sila klik gambar dibawah utk besarkan.

fuad1.JPG

Aku expect aku akan nampak chart yang ada lilin putih panjang sebab price change dia tinggi. Mungkin kurang tepat sebab aku kene masukkan parameter hari ni punya close – open price. Nanti la aku upgrade. Apapun jom tgk aku punya Metastock Explorer untuk Price & Volume Breakeven. Kredit buat Sifu Pakdi yang mengajar aku benda alah breakeven ni salah satu faktor penting nk pilih saham untuk main swing.
Kalo korang tgk kat tapisan dia, dari 930 saham (Fisrt Board saje tak masuk 2nd ngan Mesdaq) yang lepas hanyalah 12 saham. Jimat masa kan? Dari kita bukak satu2 yang 930 saham tu, poning beb.

Senarai saham yang lulus filteration aku ni:

  1. Talam Corporation Bhd
  2. MULPHA-WA
  3. MUI Properties Bhd
  4. MMM-WA
  5. MKLAND-WA
  6. Malayan United Industries Bhd
  7. LIQUA-WA
  8. LBS-LB
  9. Kumpulan Perangsang Selangor Bhd
  10. HIL-WA
  11. Damansara Realty Bhd
  12. AMDB Bhd 

Sebagai bukti keputusan, aku bukak 3 chart dari senarai saham. Yang pertama tu Talam Corp. Ya itu dia Lilin Putih panjang selepas doji. Volume tinggi, apa lagi buy signal tu dude. Heheh (Amaran, ini adalah kata2 orang yang wat analisis separuh masak).

talam.JPG

Yang kedua Mulpha, Yaa itu dia. Long Marubozo White candle. Lilin Panjang Putih yang Botak.Tapi aku nmpak macam dah nak cecah resistance limit jek. Berhati-hati.

 mulpha.JPG

Yang ketiga MUI Properties. Doji diikuti dgn satu lilin botak pendek satu lilin botak panjang. Buy signal bila harga cecah high lilin hitam yang terakhir sebelum Doji. Yup, that suppose to be today. (today tu merujuk masa aku last update EOD 22/3/2007) :-)

mui.JPG

Nota: Mungkin pasni bleh tambah indicator momentum oscillator sebagai confirmation tambahan macam RSI, ADX atau Stochastic. Oh ya En. Aku tgh mendalami ilmu ADX, korang leh rujuk blog dia.

Nota 2: Aku try buat filteration price breakout based on Moving Average, tapi banyak sangat yang lepas filteration tu. Lagi pulak masa volume tinggi tu mungkin price hari tu dah tak ok sangat. MA ni bagi signal lebih lambat dari analisis pakai lilin jepun (Candlestick).

Cukup buat hari ini. Sambung pelajaran kita lagi nnti. Kepada En. Aku, SPG aku pos arini ini. Maaf buat ko tertunggu2..

-Fuad-

Laman Berikutnya »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.