Kehebatan Metastock Rabu, Sep 27 2006 

Dah 2 hari aku dok main dengan Metastock. Memang power. Stakat ni aku baru main K-One stock pastu dok guna Moving Average. Yang lagi best Metastock boleh masukkan formula, so boleh la nk cipta pencak sendirik. Nak boh nama apa pon sukeati. Contoh brader ni guna indicator chap ayam. Katanya gabungan Gann/Fibo + ADX + Parabolic. Apapon setiap pemain saham sepatutnya ada pencak (indicator) ciptaan sendirik dan jugak index sendirik cth macam KLCI (Kuala Lumpur Composite Index). Aku still tgh pikir saham apa yang aku nak masukkan dalam FI (Fuad Index).

So apa yang nak buat lepas ni:

  1. Study Fundamental Analysis utk 4 company. Apsal dah jadik 4? Sebab IRIS dikategorikan speculative stock.
  2. Wat paper trade. 
  3. Pikir senarai stock utk buat FI
  4. Make sure tulih e-book utk MA sebelum Raya.

So slamat mencuba.. Aku boh sket snapshot indicator MA yang aku dok godek2 2-3 hari nih..

 Graph kat sebelah ni menunjukkan aku plot MA utk 10 hari. So, aku bleh tgk kat mana sell signal ngan buy signal dia. Ini graph aku capture sebelum aku jumpa cara nak buat indicator aku sendiri. Nnti aku boleh wat satu lagi indicator yang boleh tunjuk kat mana kene jual dan beli. Mungkin weekn ni kot boleh spend masa godek2 indicator nih. Maklumlah bulan pose. heheh.

Haa yang ni plak aku plot MA utk 10 hari (kaler biru) ngan MA utk 50 hari (kaler hijau).

Nampak tak perbezaan dia.? Kalo pakai yag 10 hari, brapa kali dah aku dok jual beli tapi guna 50 hari punya MA, fluctuation buy/sell signal dapat dikurangkan. Apapon semuanya bergantung kepada saham tu samada 10 atau 50 hari atau apa2 saja hari utk mendapat signal yang terbaik. Blajar lah dan kaji lah lagi..

Orait.. Slamat main saham.. dan Slamat beribadat di bulan Ramadhan :-)

-Fuad-

Saham mana patut dipilih? Ahad, Sep 10 2006 

Hurm… semalam aku compile price utk IRIS. Start dari August 2006. Tapi price asek menjunam jek. Start daro RM0.75 sampai Jumaat lepas tinggal RM0.20 jek. Tak sesuai utk aku guna analisis. Tapi IRIS memang antara saham MEDAQ yang femes. Aku tgk volume dier sampai 2 juta. So, buat masa ni aku tgh carik lagi apa yang aku nk pakai sebagai contoh analisis.

Satu bende yang aku kene note, setiap analysis method mempunyai kelebihan mengikut keadaan market. Cth MA, sesuai kalo market tgh trend. Kalo market tgh flat, tak sesuai. Jugak nasihat dari e-book TFAL, make sure start dengan 6 saham atau lagi rendah. Aku decide nk monitor 5 dulu.

Buat masa ni aku terpikir.

  1. IRIS – MESDAQ
  2. MEMS – MESDAQ
  3. K1 – MESDAQ
  4. LSpeed – MESDAQ
  5. SESB – Main Board

-Fuad-

Moving Average Rabu, Sep 6 2006 

Aku nk wat analisis pakai MA. Utk analisis ni aku assume KLCI ni seolah2 satu saham (Bukan index).. So aku assume yang index value tu ialah price utk satu saham. Aku pun rasa mengelirukan kalo gune KLCI sebagai cth Analisa.. Next time aku nk pakai Saham plak..

Date    Open     High       Low      Close   Volume    MA          Trend   Signal

0807   939.03   942.22    937.44   938.48    4314           0808   938.23   939.79    936.93   939.08    4261            0809   939.57   943.20    939.56   941.26    4001    939.6067    Bullish    Buy           0810   941.49   942.99    939.48   942.99    5563    941.1100    Bullish    Buy         0811   942.57   946.21    942.27   942.27    6206    942.1733    Bullish    Buy                0814   942.88   947.22    942.78   946.00    5146    943.7533    Bullish    Buy          0815   945.56   946.46    943.25   943.94    4219    944.0700    Bearish   Sell           0816   944.54   946.06    937.98   937.98    4968    942.6400    Bearish   Sell             0817   938.32   944.17    938.32   942.08    5624    941.3333    Bullish    Buy              0818   942.08   944.71    940.86   942.00    4551    940.6867    Bullish    Buy

Utk analisa kali ni, aku guna 2 minggu punyer data. Aku jugak guna 3 hari MA. Slalunyer 3 hari ni macam sket sgt. Utk cth, gune je dulu. MA memberi gambaran keadaan trend pasaran pastu bleh compare current price. Kalo current price lagi tinggi dari MA ape lagi.. beli aaa… Price tgh naik tu beb (Amaran..!! Ini hanyalah hikmat peringkat pertama). Kalo current price lagi rendah dari MA, signal dier.. Jual cepat2.. Ko nak carik pasal ker?

MA = (Harga 1st Day + Harga 2nd Day + Harga 3rd Day) / 3

Ini utk 3 hari la. Kalo 20 hari cariklah purata harga utk 20 hari. Senang jek.

Menggunakan data diatas, katelah aku guna close price sebagai reference dah aku ikut signal yang diberikan, aku boleh untung 943.94 – 941.26 = 2.38. Itu assume aku jual dan ada orang nak beli dengan close price lah..

Utk worst case, aku assume masa aku beli tu aku dapat harga paling mahal skali, 943.20 pastu masa aku jual aku dapat jual dengan harga yang paling murah, 943.25. Haha aku tetap untung ape.. 943.25 – 943.20 = 0.05.

Hah..! Tengok. Walau menggunakan parang kontot (EOD) dan jurus paling hampeh (MA) aku dpt gak untung. (utk case ni saje ye bang). Peringatan gak, MA pon aku gune 3 hari jek, kalo nak betul2 master jurus MA nih.. kenelah wat kajian brape hari yang paling sesuai. Ini baru peringkat pertama bang, tak tgk peringkat2 atas2 lagi.. Ini baru MA tak pakai yang hikmat power2 lagi..

Kesimpulan: Blajar lagi diik.. Bayak lagi ko perlu tahu.. Heh.. Best sungguh blajar main saham nih.. :-p

-Fuad-

Waspada dengan Ekor Rabu, Sep 6 2006 

Alang2 aku dah ckp pasal 4 ekor binatang semalam.. aku nk cakap pasal ekor plak arini. Sebenarnya lagi clear kalo aku leh tunjuk pakai chart. Tapi x dek hal.. sebelum aku lupe baik aku post dulu. Lenkali leh edit lagi..

Camne nak kenal ekor? Ekor ni bile jauh sgt beza high price ngan low price. Pendapat aku, definasi berapa panjang baru nak consider ekor terpulang kat individu dan saham yang dier main. So.. tugas aku nnti, setiap saham yang aku kaji kene wat definasi ekor..

Bile ekor ni terjadi? Selalunyer bile dah dekat dengan reversal point. Maknenyer, ekor ini adalah tanda2 pertukaran kuasa samada pasaran tengah lembu, beruang take over atau pasaran tengah beruang, lembu take over.

Bile nampak ekor ape nk wat? Istilah digunakan, apabila si Beruang atau Lembu sedang menguyah ekornya, bersedialah utk bertukar. Kalo sekarang Lembu, bertukarlah jadik beruang. Begitulah sebaliknya.

Apa paling penting? Define ekor.. untuk wat camtu.. kaji saham punyer performance sebelum ni.. tgk berapa panjang leh jadik ekor…

Itulah pelajaran ekor utk hari ini. Kalo aku expert bab2 ekor nih, leh la selalu makan sup ekor. Kalo selalu makan sup ekor… heheh.. The battle is mine.. Hahahahaha…

“Bull make money, Bear make money, Sheep and Hog get slaugther”

-Fuad-

Persediaan untuk Perang Rabu, Sep 6 2006 

Main saham ni umpama menuju ke medan perang. Kalo main saham kat Malaysia, kenelah bersedia melawan Pahlawan2 Kungfu, Taek Wan Do, Silambam, Silat Lincah, Silat Gayong, Tomoi dan bermacam2 lagi yang memang dah expert. Kalo di arena antarabangsa plak, kenelah bersedia utk bertempur dengan Samurai Jepun, Muai Thai Boxing, Tinju, Caipiora dan macam2 lagi.

Peperangan ni bukan senang, ramai lagi orang lagi terer kat gelanggang saham. Kalo tak tahu apa2 memang mencarik nahas masuk ke medan perang. So, Nasihat utk aku, buat persediaan betul2.. Jom tgk ape persediakan yang aku Kene wat.

Perisai

Walau xde baju besi lagi, pakai perisai kayu pon jadilah. Teknik asas pertahanan, Chandelier Exit Strategy. Tugas aku, untuk setiap saham yang aku kaji, define range stop loss & ceiling.

Senjata

Buat masa nih, gunakan EOD dulu sebagai senjata. Hah? Parang kontot jek? Haha.. Parang kontot pun kalo pandai pakai leh gak menang. Sementara aku xdak Metastock, pakai dulu EOD utk analysis. At least somewhere to start with.

Pencak

Walau menggunakan parang kontot semalam aku dah buat first analisa pakai close price. Baru belajar wat kuda2. Hurm.. Arini menggunakan parang kontot jugak gunakan pencak Moving Average peringkat pertama. Mari berkenalan dengan pencak paling asas yang mempunyai 7 peringkat.

  1. Moving Average (MA)
  2. Linearly Weighted Moving Average
  3. Exponential Moving Average (EMA)
  4. Displaced Moving Average (DMA)
  5. Moving Average Crossover
  6. Moving Average Momentum Oscillator
  7. Moving Average Convergence Divergence

Sekarang ni, ramai orang pakai pencak MA peringkat ke-7, MACD. Tapi camne aku nk terer peringkat ke-7 terus kalo peringkat pertama pon x lepas lagi. So, mulakan pencak MA peringkat pertama…

Go to Battle.. Warghhhhh….

-Fuad-

Laman Berikutnya »