HTPadu – Suatu Analisis Khamis, Okt 5 2006 

Semalam En. Aku cerita pasal saham yang dia dok usha – HTPadu (5028) Saham dalam Main Board, Industri IT. Okeh..utk permulaan belajar Fundamental, apa yang aku tgk dalam satu saham dari segi Fundamental.

1) Pembesar2 Dalam Syarikat

Aku tak kenal sorang pon dalam list orang2 besar dalm HTPadu. Setahu aku HTPadu dilahirkan selepas CEO dia, Mohd Hilmey resign dari PNB. Tak pasal2 syarikat ni pon resign sekali. Mostly pembesar2 dia terdiri dari orang Melayu. Satu lagi yang aku take note, sape pemegang saham terbesar. KWSP ngan ASB melabur dalam HTPadu. Personally aku rasa ini petunjuk yang baik..

2) Price / Performance History

Aku glance tgk chart price history, awal2 dulu tinggi pastu dah merudum sekrang ni. Harga asal tak silap aku 3 ringgit lebih, tapi harga semalam RM1.18 jek. Pastu transaction volume dia 30 jek.. Ni ada baik ada buruk gak ni.. Nnti kita bincang..

3) Industry

HTPadu berada dalam industri IT. ICT ni dapat perhatian dari kerajaan. Dan khabarnya RMK9 pon ada gak dok sebok2 pasal ICT. Dan kemungkinan besar dapat project byk nnti. Apapon aku kene pastikan siapakah leader dalam ICT. Kelebihan tahu leader.. Biasanya leader akan naik dulu pastu baru yang lain naik.. Dah tahu leader naik, cepat2 la beli pengikut2 nih.. Itu pendapat aku jela..

4) EPS, PE & PEG

EPS atau nama penuh dia Earning per Share aka Perolehan Setiap Syer. Formula dier EPS = Untung / Jumlah Syer. Takyah susah2 nk kira sebab dalam Laporan Syarikat dia dah cakap brape EPS. Aku rujuk Laporan Syarikat 2005, EPS HTPadu = 0.14  Apa guna bendaalah ni? Tak berguna selain boleh compare ngan tahun2 sebelumnya. HTPadu EPS compare tahun sebelumnya 0.12 naik sket. Tapi asal2 nyer pada tahun 2000, EPS dia 0.33. Fuyooo..

PE ialah Price to Earning Ratio aka Harga berbanding Pendapatan. Kegunaan EPS ialah utk kira PE sebab formula PE = Harga Saham / EPS. So, aku pakai yang harga semalam dgn EPS 2005  PE = 1.18/0.14 = 8.43 Apa maknanya? PE menunjukkan pendapat para pelabur pasal sesuatu saham. Makin tinggi nilai dia maksudnya ramai orang suka, kalo rendah tu x ramai orang pandang ler. Selalu jugak PE yang tinggi sgt menunjukkan saham tu overprice.. maksudnya macam harga sekarang ni tinggi sgt berbanding dengan prestasi Syarikat. Ini menunjukkan ada potensi utk jatuh..

PEG, nama penuh Price to Projected Earning Growth aka Harga berbanding Peningkatan Potensi Pendapatan. Formula PEG = PE / Potensi Pendapatan. Aku tak jumpe projected growth utk HTPadu tapi Mohd Hilmey bagitau ICT projected growth 12%. Kita pakai yang ni. PEG = 8.43/12 = 0.7 Apa yang PEG ni bagitau? Lagi rendah PEG lagi bagus sebab PEG yang rendah menunjukkan potensi tinggi tapi tak ramai orang / pelabur pedulik. So, inilah peluang buat pelabur yang betul2 stadi market macam kita.. keh keh.. :-) Apapon sebab perlu diingat bahawa ketepatan PEG bergantung kepada ketepatan potensi pendapatan. Sape2 boleh main taruk cakap company dia berpotensi meningkatkan keuntungan berapa peratus pun..

Haha..dah panjang sgt dah. Lenkali boleh tambah lagi.. Sapa2 yang nk tambah apa lagi apa yang perlu dilihat utk buat Fundamental Analysis, silalah komen panjang2.. Kita sama2 tgh belajar.. Oh ya, rankin dari buku Stock Performance Guide ialah 5.. Maksudnya average.

Selamat menganalisa saham.. :-)

-Fuad-

Blajar Kira Stop Loss Selasa, Okt 3 2006 

Aku dok dengar audio book Trading For A Living dari Dr. Alexader Elder. Aku tertarik nk buat calculation bile dia sebut pasal stop loss. Katanya, jangan rugi lebih dari 2% daripada keseluruhan equity.

Sebagai contoh, aku menggunakan saham K-One dan beli semalam. Assume aku dapat beli pada harga close price = RM2.00 seunit. Memandangkan brokerage fee ialah 0.6% atau RM12 yang mana lagi tinggi, amatlah rugi kalo beli lagi sket dari RM2000 sebab brokerage fee tetap RM12.

Jadi, aku beli 10 lot. Jadi pengiraan dia:

Saham K-One, 1000 unit (10 lot) = RM2.00 x 1000 = RM 2000.00

Brokerage fee (0.6% atau RM12 minimum) = 0.6% x RM 2000 = RM 12.00

Clearance Fee (0.04% drpd purchasing value)= 0.04% x RM 2000 = RM 0.80

Stamp Duty (RM1 utk setiap RM1000 atau pecahan= RM 1 x 2 = RM 2.00

Jadi jumlah yang kene tolak dari akaun CDS aku ialah RM2014.80. Maksudnya kalo aku nk stoploss kene make sure takleh rugi lebih dari RM40. Kalo aku nk kira stoploss,

Kerugian tanpa slippage cost RM40 – (RM14.80 x 2) = RM10.40

Kerugian utk satu unit = RM 10.40 / 1000 = RM0.0104

Stoploss = RM2.00 – RM0.0104 = RM1.9896

Memandangkan saham ni berharga diantara RM1.00 – RM2.99, satu tick bermaksud 1 sen. Jadi possible stoploss ialah RM1.99. Alamak..takkan satu tick jek. Dalam sehari trading day pon dah boleh cecah stoploss la kalo camni.

Kesimpulan, kene guna modal yang lagi banyak ataupon kene naikkan risiko. 2% risk tu macam rendah sgt jek. So, pikir2lah percentage yang sesuai. Otai2… ada nasihat tak? Heh..

-Fuad-

Pilih Balik Saham – Stock Performance Guide Selasa, Okt 3 2006 

Ari Sabtu lepas aku beli buku Stock Performance Guide keluaran Dynaquest. Actually Pakdi yang bagi suggestion soh beli buku ni dalam forum bicara jutawan. Walaupun less than expected isi kandungan dia tapi aku berpuas hati dengan ranking yang dia buat. Dan jugak maklumat yang diberikan mostly amat berguna utk menilai sesuatu saham.

Pada aku mostly sume info tu boleh dapat kat internet, tapi cara dia compile memudahkan orang macam aku yang takde idea nk pilih saham apa. Sebab sebelum ni aku main pilih jek saham tanpa sebab, semalam aku dah pikir criteria yang perlu aku tapis utk monitor saham ni. Cara aku:

  1. Aku pilih ranking yang 5.5 bintang ke atas sahaja (Stock Performance Guide)
  2. Aku pilih yang Syariah Compliance
  3. Aku pilih plak yang harga bawah RM2.00 seunit
  4. Pastu aku nk carik yang bagi dividen
  5. Lepas tu baru aku nk study dia punya info.

Harap2..tak byk sgt la lepas tapis tu. Tapi sebab guide to bagi saham main board jek, kenelah aku study main board je dulu. Slamat berjaya…

-Fuad-