3rd Stage FA – Stock Performance Guide Ranking Rabu, Feb 28 2007 

List kat bawah ni aku dah filter guna ranking dari Stock Performance Guide March 2006. Aku gak masukkan stock bawah categori Timber Product (no 14 – 18) yang aku klafikasi sebagai sektor perhutanan/pembalakan. Semuanya dah ditapis ikut ranking dalam Stock Peformance Guide yang mana di ambik kira fundamental penting dalam sesuatu syarikat macam kestabilan, keuntungan, pengurusan dan lain2. Dengan tapisan guna ranking ni dah menjimatkan banyak masa.

Next stage ialah mengkaji stock2 ni ikut basic FA macam EPS, PE, NTA, DY, ROE. Good news sume dah ada dalam Stock Performance Guide. Aku just nak highlight. Drawback dia, data dalam tu hanya terupdate pada March 2006. Kalo arini aku sempat download sume report untuk 18 company tu, dan malam ni aku sempat godek2 cari maklumat yang diperlukan, aku leh pakai latest punyer info. Fuhh.. lepas tapis pon banyak tu. Baru korang tau asal aku nk wat study group kalo nk blajar saham ni.. 😉

Ranking kat bawah ni more or less dah take care of basic factors yang aku sebut tadi. Tapi elok gak kita go trough benda2 alah ni sebab ia penting dalam FA. Untuk analisis esok aku nak guna kaedah PRINCE D yang diceritakan oleh Pauline Yong dalam buku I Love Stock. Aku rasa ni dah memadai untuk wat analisis buat kali ni. Kalo korang nk wat analsis pakai kaedah Warren Bufffett atau cikgu dia Benjamin Graham, aku amat alu-alukan. Pastu share la skali ye..

Personally, aku lebih suka kaedah yang di ajar oleh Adam Khoo dalam buku dia Secret of Self-Made Millionaires yang di ilhamkan dari kaedah Warren Buffett sebab buy & sell signal tu lebih jelas. Apapun, plan aku, pakai dulu kaedah PRINCE D pastu analisis lagi pakai teknik Adam Khoo tu nk dapat proper intrinsic value of the stock.

Selamat menganalisa…

No.   Kod       Star        Nama Sekuriti   

1.     2291       6             Asiatic Development Bhd
2.     1899       7             Batu Kawan Bhd
3.     1929     5.5           Chin Teck Plantations Bhd
4.     2372       5            Glenealy Plantations (M) Bhd
5.     1953     6.5           Golden Hope Plantations Bhd
6.     2399      5             Guthrie Ropel Bhd
7.     2402     5.5           Highlands Lowlands Bhd
8.     1961       6             IOI Corporation Bhd
9.     5027     5.5            Kim Loong Resources Bhd
10.   2445      7              Kuala Lumpur Kepong Bhd
11.    2038     5              Negri Sembilan Oil Palms Bhd
12.   6823     5.5            PPB Oil Palms Bhd
13.   2089      6             United Plantations Bhd

14.   5082      5             Cymao Holdings Bhd
15.   5101      5              Evergreen Fibreboard Bhd
16.   5095      5             Heveaboard Bhd
17.   8745      6              Leweko Resources Bhd
18.   5012      6             Ta Ann Holdings Bhd

2nd Stage FA – Patuh Syariah Selasa, Feb 27 2007 

Sebelum pegi ke lapisan ke-2, sedikit review pasal analisis semalam menggunakan GDP (Gross Domestic Product) atau dalam bahasa melayunya KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Kalo tgk listing % perubahan yang dibagi oleh JPM (Jabatan Perangkaan Malaysia), perubahan tu merujuk kat atas tahunan (y-o-y) dimana kalo Q2 2006 akan di bandingkan dengan Q2 2005.

Pendapat peribadi aku, lagi bagus kalo compare ngan last quarter untuk tgk perkembangan pasaran cth Q2 2006 compare ngan Q1 2006. Kalo ikut ni, 3 sektor yang aku sebut semalam,

Agriculture, Forestry & Fishing = 8.1%
Mining & Quarrying = -0.9%
Manufacturing = 3.26%

Itu satu lagi alasan kukuh untuk aku pilih Agriculture, Forestry & Fishing  sector. Heheh 😉 Ok sekarang lapisan ke-2. Aku sebenarnya menjangkakan lapisan ke-2 ni senang je. Sebab kat list SC memang dah susun ikut sektor. Jadi aku boleh copy paste jela. Senarai saham2 ‘halal’ yang terbaru bleh dapat kat website SC.

http://www.sc.com.my/

Yang terbaru versi Oktober 2006. Berbalik yang aku ckp masalah tadi. Berdasarkan sektor aku pilih semalam iaitu Pertanian, Pembalakan dan Perikanan. Malangnya kat list tu ada perladangan jek.  Dari 48 kaunter, 40 yang dilulusakan oleh SC sebagai suci untuk diperdagangkan. Lupa aku nk tegaskan, aku nk wat analisis untuk Main Board je. 2nd ngan Mesdaq tu biar je dulu. Lek2. Slow2…;-)

Yang memeningkan pale aku ialah nk list company2 pembalakan mcam TA Ann, Jaya Tiasa, Subur Tiasa, Sanbumi, Wijaya Baru, WTK Holding, Evergreen Fibreboard. Sume stock2 ni die letak bawah sektor barangan industri. Pastu stock lain dalam perikanan dan pertanian, memang aku blank nk list camne. Kalo nk search sebijik2, demam jugak ler nak mencari. So, buat masa ni aku list yang plantation je dulu..

Langkah seterusnya tgk ranking kat buku Stock Performace Guide dan make sure yang 5 star ke atas je lepas. Kebanyakkan plantation ni boleh tahan gak dia punya ranking. Apapun.. jom tgk keputusan esok.

No.  Kod  Nama Sekuriti

1.  2291  Asiatic Development Bhd
2.  7054  Astral Asia Bhd
3.  1899  Batu Kawan Bhd
4.  5069  BLD Plantation Bhd
5.  1929  Chin Teck Plantations Bhd
6.  5029  Far East Holdings Bhd
7.  2372  Glenealy Plantations (M) Bhd
8.  1953  Golden Hope Plantations Bhd
9.  2399  Guthrie Ropel Bhd
10.  2402  Highlands Lowlands Bhd
11.  2216  IJM Plantations Bhd
12.  2607  Inch Kenneth Kajang Rubber PLC
13.  1961  IOI Corporation Bhd
14.  5027  Kim Loong Resources Bhd
15.  1996  Kretam Holdings Bhd
16.  2445  Kuala Lumpur Kepong Bhd
17.  2003  Kulim (Malaysia) Bhd
18.  3131  Kumpulan Guthrie Bhd
19.  5193  Kurnia Setia Bhd
20.  6572  Kwantas Corporation Bhd
21.  5851  Ladang Perbadanan Fima Bhd
22.  4936  Malpac Holdings Bhd
23.  2518  Mentakab Rubber Company (Malaysia) Bhd
24.  5026  MHC Plantations Bhd
25.  1902  Multi Vest Resources Bhd
26.  2038  Negri Sembilan Oil Palms Bhd
27.  5047  NPC Resources Bhd
28.  6823  PPB Oil Palms Bhd
29.  5113  Rimbunan Sawit Bhd
30.  5126  Sarawak Oil Palms Bhd
31.  2054  TDM Bhd
32.  8109  TH Group Bhd
33.  5112  TH Plantations Bhd
34.  2313  The Ayer Molek Rubber Company Bhd
35.  3972  The North Borneo Corporation Bhd
36.  5019  Unico-Desa Plantations Bhd
37.  2089  United Plantations Bhd

Stage Pertama FA- Guna GDP Isnin, Feb 26 2007 

Dalam entry sebelum ni aku dah plan satu guideline nk start FA. Malangnya bila aku try, 1st level filteration pon banyak sangat sampai aku pening nk filter down lagi. So, arini aku nk wat analisa based on buku I Love Stock. Aku nmpak cara ni lagi cepat nk filter stock guna FA. Ok, step mula2 skali ialah studi GDP (Gross Domestic Product).

Nk dapat GDP punya info leh tgh kat:

1. http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=111 (Website Bank Negara)
2. http://www.statistics.gov.my/english/frameset_download.php?file=download&id=gdp (Jabatan Perangkaan & Statistik)

Satu point aku tak puas ati, info dia tak up to date gak. Macam sekarang ni, info yang ada sampai Q2 2006 jek. Kalo ada sape2 tau katne nk dapat latest GDP, harap dimaklumi.

Soklan dia, apsal tgk GDP? Sebabnya GDP ni akan tunjuk sektor mana yang tgh berkembang sekarang ni. Secara skemanya GDP ni menunjukkan nilai pasaran sesuatu produk atau servis dalam negara mengikut masa tertentu. Kalo tak paham gak… aku pon tak paham sangat.. Hahak. Nk lebey lanjut.. Google it bro..

Yang penting, makin tinggi peningkatan GDP menunjukkan makin berkembang ekonomi dalam negara. Sebab kita nk cek, saham sektor apa kita nk pilih, so kita tgk perkembangan GDP mengikut sektor. Jom..

 gdp.gif

Graf kat atas ni aku plot guna data dari jabatan statistik (Sori gambar tak clear sangat). Sektor yang menarik perhatian aku ialah Pertanian & Perhutanan (biru), Perlombongan (Pink) dan Permbuatan(yellow). Mungkin korang kata Bank Servis (brown) pon nmpk menarik, tapi aku nak main saham yang syariah compliant saja. Bear with me ok..

Mungkin aku bertindak sedikit tak adil, aku nk start ngan pertanian, sebab aku rasa masa economy crash nnti, manufacturing ngan mining akan effect lagi teruk dan aku minat pertanian. Hahak. So, sape yang nk berminat jadik study partner aku leh pilih nk go to mining atau manufacturing.. hehe..

Next stage ialah filter mana saham sektor pertanian yang Syariah Compliant (Aku rasa sumua. Tapi tak tentu gak, macam PBB milik si Robert Kuok tu aku rasa campur2 jugak) Apapun, jom teruskan belajar saham…

-Fuad-

Sape nk buku Free? Jumaat, Feb 23 2007 

Salam…. 

Dah bersarang kelulup dah blog main saham nih. Lama betul aku tidak mencoretkan sesuatu disini dan itu jugak bermaksud pembelajaran aku pasal saham dah tergendala buat seketika.

Sebelum tu, aku nk tegaskan bahawa aku bukanlah orang yang berpengalaman main saham apatah lagi nak kata terer. Walhal, aku tak pernah pon beli saham. Kewujudan blog ni adalah personal tracking aku nk belajar saham. Bagi mereka2 yang nk meminta tunjuk ajar, leh la rujuk kat Blog2 Otai Saham kat belah kiri ni sebab aku selalu lepak baca blog derang.

Semalam aku dah install balik Metastock 9.0 ngan EOD dari bizfun. Pembelajaran tergendala aku nk sambung balik. Sebetulnya aku dah ada bajet nak dikorbankan dalam pertarungan saham ni, tapi aku tgh tunggu economy crash. Heheh. Aku ada very very very very bad experience dalam real estate investment, so aku lebih fobia lagi dalam risk management.

Sebab aku dok mengusha saham untuk dibeli time economy crash, aku mengodek2 stock lebih pada Fundamental Analysis buat masa ni. Sekarang tgh baca buku I Love Stock ditulis oleh Pauline Yong, www.stocktips123.com.

Aku terpikir nk bagi buku Stock Perfomance Guide (March 2006) pada sape2 yang rasa rajin nk wat fundamental analysis. Sebab aku rasa byk sgt stock aku nk kene study, so aku ingin merasuah sesiapa yang berminat nk wat fundamental analysis dengan buku nih. Hahak. Lagipun aku nk beli yang keluaran March 2007 plak. Jadik, sape2 berminat leh bagitau aku dan diharap leh jadik study group partner aku.

Selamat kembali belajar saham buat aku.. Haha..

-Fuad-