Nilai RM – Suatu Petunjuk Ahad, Mac 25 2007 

Entry kali ni aku nk share seminar Nor Zahidi Alias, Economist/Head of resource MCIS-Zurich. Sambung ulasan seminar ATIC 2007.

Seminar by Nor Zahidi Alias bertajuk Macro Outlook of Malaysia’s Equity Market. Mostly dia cita pasal ekonomi bagusla. Tunjuk chart sket2 pasal ekonomi Malaysia. Aku just nk highlight beberapa point yang dia cakap.

Market Malaysia merupakan satu-satunya market yang paling hampir movement dia dgn market US. Jadik, Investor Malaysia yang monitor market US adalah satu langkah yang bijak. Mungkin bgn pagi2 tgk closing price kat US, tgk news sket pastu leh qiam skali.. :-) Mungkin US pengimport utama Malaysia kot. Kalo tak silap aku China 2nd largest importer Malaysia. Kena monitor market China jugak la kalo camtu. Yeke?

Pastu dia ada sebut jugak kena monitor nilai ringgit sebab dia leading indicator untuk KLCI. Comparison nilai ringgit tu based on currency apa tak plak dia ckp. USD la kot. Ke mmg ada standard measurement untuk RM. Aku tak tau. Sori.. Surrender.

Sekian saja buat kali ni. Hurm.. Apa website yang bagus nk tgk index market US & nilai RM ni ye?

-Fuad-

September – Bulan Jualan Murah Sabtu, Mac 24 2007 

You know what, Malaysian market for foreigner is simple. Every September they will come to Malaysia, buy whatever stock regardless of price and then they wait until March and they start to sell. As simple as that” – Foong Mun Keong (President, Celestial Options.)

Ayat kat atas tu aku ambik masa attend seminar kat ATIC 2007 aritu. Sebenarnya seminar tu pasal options, tajuk dia Trading for Income and Wealth Creation in Options. Aku tertarik ngan cerita mamat ni pasal patern saham kat Malaysia mengikut Financial Year Quarter. Mungkin ayat dia tak 100% macam aku quote kat atas tu la, tapi jiz dia pasal harga saham selalunya turun pada Q3 dan normally akan naik pada Q1 of the year.

Arakian, aku pon buat lah kajian cincai2 pasal kata2 dia ni boleh pakai ke tak. Hasilnya secara umum mmg betul. Kalo korang tgk chart KLCI kat bawah nih sepanjang 1995 sampai 2007, hanya pada tahun 2000 dan 2002 je menunjukan harga bulan Mac tahun selepasnya lebih rendah dari bulan September. Yang lain tu ada yang significant beza dia dan ada yang tak jauh sgt pon. Yang kaler merah September, kaler biru March.

klci_septmar.JPG

Dari segi Fundamental aku tak tahu asal Q3 selalunya sentiment pasaran makin turun, mungkin sape2 yang terer Fundamental leh crita ataupon mmg kebetulan jek bulan September harga saham turun.

Pasal option ni aku tak berapa arif sangat lagipun kat Malaysia ni takda lagi option rasanya. Mungkin warrant tu lebih kurang la cara main dia ngan option. Aku kurang pasti, kena banyak belajar lagi. Aku sebenarnya masih mennti janji NextView, penganjur ATIC 2007 aritu derang janji nk email bahan2 seminar tapi sampai sekrang takdek lagi.

Buat masa ni yang aku ingat, Foong Mun Keong bagitau 2 isi penting nak dpt untung ngan option.

  1. Jual Option (tak yah beli)
  2. Main Option dalam masa paling singkat.

Logikalnya, option ni macam insuran. Orang beli insuran kereta bayar RM1000 untuk setahun, kalo kreta dia kene curik, syarikat insuran ganti balik keta tu. Tapi kalo takde masalah dah sume nya ok jek, Syarikat Insuran tu dengan gembiranya dapat RM1000 dengan hanya soh orang sain beberapa helai kertas dan tunggu tahun depan dia renew balik insuran. Jadik tugas orang jual insuran ni ialah memastikan risiko kereta di curi tu rendah contohnya kereta mahal2  kena letak GPS & auto shutdown engine dan macam2 lagilah as long as risiko di curi tu seminima mungkin.

Begitulah jugak bagi orang yang nak jual option, carik harga yang mana kemungkinan untuk harga cecah limit tu terlalu rendah. Tektik dia (dia disini merujuk pada si Mun Keong), dia ambik harga paling tinggi dalam masa 3 bulan atau lebih, jual option pada harga tu. Kemungkinan harga option akan cecah nilai tertinggi dalam masa paling singkat (selalunya 1 bulan) amatlah rendah. Begitulah alkisahnya.

Nnti kalo NextView email aku meterial seminar tu, aku share kat sini. Selamat bermain saham atau futures atau warrant atau apa saje korang nk main janji halal. Adios.

ATIC 2007, Apa yang best? Selasa, Mac 20 2007 

Memang best. 17-18 Mac 2007 aku pegi merewang kat KLCC sempena ATIC 2007. Banyak sgt bende baru yang aku belajar dan membukak minda dalam world of trading & investing ni. Kalo nk crita apa yang aku blajar dalam satu post aku rasa tak sempat. Jadik, nnti aku wat beberapa entry khas untuk apa yang aku dapat kat event ni. Glance trough, aku sempat attend beberapa seminar yang menarik antaranya:

  1. Macro Outlook of Malaysia’s Equity Market – Nor Zahidi Alias
  2. Reap the Harvest With Proven Technical Trading Secrets – GM Teoh
  3. Trading for Income and Welath Creation in Options – Foong Mun Keong
  4. Index Trading – What works? – Brent Penfold
  5. The Malaysian Market, What is Next for the Stock and Futures – GM TEoh
  6. How to Professionally Trade Islamic Financial Instruments – Mohd Nazri Khan
  7. The 36 Strategies Essentials for Financial Trading – Daryl Guppy

Buat kali ni, aku x nak ulas lanjut pasal seminar nih just aku nk list down antara point yang aku blajar takut aku lupe. hehe.

  1. Aku dah syok nk belajar Candlestick ngan Classic TA sebab aku dah tau cara nak objektifkan analysis bentuk ni.
  2. Setiap Claasic TA kena wat Reward/Risk Ratio Analisis – Benda Alah ni pon aku baru tau
  3. Classic TA yang aku belajar kat seminar, Tripple Reversal Points(Combination Elliot Wave & Geometry), Head & Shoulders, Pivot Range.
  4. Computerize TA indicator – 3 Weeks vs 7 Weeks MA. GM Teoh Claim ini jek dia pakai selama 28 tahun dia trading dan tak pernah fail. Dia kata la. Nnti aku nk wat back test tgk profit ngan Fuad Profit.
  5. Option ni macam insuran. Orang beli option sebab nak cover derang punyer lost dalam trading. Salah satu kaedah perlindungan dalam investing. Tapi, sape lagi untung, orang jual insuran ke yang beli insuran? :-P
  6. Aku mmg impress gila dgn mamat Mohd Nazri Khan, aku tgh mencarik peluang nk beljar jadik Certified Technical Analyst.
  7. Aku tgh mencarik indicator untuk FA yang dicerita Nor Zahidi Alias. Dia kata kalo nk monitor KLCI, kene monitor RM value pastu ape ntah satu lagi. Aku tak dapat catch. Huh. Rugi2. Terlepas ilmu penting.

Itu je buat masa ni. Nk tulih panjang2 tapi kat CC. Kurang best sket. Chow dulu. Kalo ada ilmu2 investing & trading ni share2 la skali ye.. Salam. 

Sape nk buku Free? Jumaat, Feb 23 2007 

Salam…. 

Dah bersarang kelulup dah blog main saham nih. Lama betul aku tidak mencoretkan sesuatu disini dan itu jugak bermaksud pembelajaran aku pasal saham dah tergendala buat seketika.

Sebelum tu, aku nk tegaskan bahawa aku bukanlah orang yang berpengalaman main saham apatah lagi nak kata terer. Walhal, aku tak pernah pon beli saham. Kewujudan blog ni adalah personal tracking aku nk belajar saham. Bagi mereka2 yang nk meminta tunjuk ajar, leh la rujuk kat Blog2 Otai Saham kat belah kiri ni sebab aku selalu lepak baca blog derang.

Semalam aku dah install balik Metastock 9.0 ngan EOD dari bizfun. Pembelajaran tergendala aku nk sambung balik. Sebetulnya aku dah ada bajet nak dikorbankan dalam pertarungan saham ni, tapi aku tgh tunggu economy crash. Heheh. Aku ada very very very very bad experience dalam real estate investment, so aku lebih fobia lagi dalam risk management.

Sebab aku dok mengusha saham untuk dibeli time economy crash, aku mengodek2 stock lebih pada Fundamental Analysis buat masa ni. Sekarang tgh baca buku I Love Stock ditulis oleh Pauline Yong, www.stocktips123.com.

Aku terpikir nk bagi buku Stock Perfomance Guide (March 2006) pada sape2 yang rasa rajin nk wat fundamental analysis. Sebab aku rasa byk sgt stock aku nk kene study, so aku ingin merasuah sesiapa yang berminat nk wat fundamental analysis dengan buku nih. Hahak. Lagipun aku nk beli yang keluaran March 2007 plak. Jadik, sape2 berminat leh bagitau aku dan diharap leh jadik study group partner aku.

Selamat kembali belajar saham buat aku.. Haha..

-Fuad-

Blajar Kira Stop Loss Selasa, Okt 3 2006 

Aku dok dengar audio book Trading For A Living dari Dr. Alexader Elder. Aku tertarik nk buat calculation bile dia sebut pasal stop loss. Katanya, jangan rugi lebih dari 2% daripada keseluruhan equity.

Sebagai contoh, aku menggunakan saham K-One dan beli semalam. Assume aku dapat beli pada harga close price = RM2.00 seunit. Memandangkan brokerage fee ialah 0.6% atau RM12 yang mana lagi tinggi, amatlah rugi kalo beli lagi sket dari RM2000 sebab brokerage fee tetap RM12.

Jadi, aku beli 10 lot. Jadi pengiraan dia:

Saham K-One, 1000 unit (10 lot) = RM2.00 x 1000 = RM 2000.00

Brokerage fee (0.6% atau RM12 minimum) = 0.6% x RM 2000 = RM 12.00

Clearance Fee (0.04% drpd purchasing value)= 0.04% x RM 2000 = RM 0.80

Stamp Duty (RM1 utk setiap RM1000 atau pecahan= RM 1 x 2 = RM 2.00

Jadi jumlah yang kene tolak dari akaun CDS aku ialah RM2014.80. Maksudnya kalo aku nk stoploss kene make sure takleh rugi lebih dari RM40. Kalo aku nk kira stoploss,

Kerugian tanpa slippage cost RM40 – (RM14.80 x 2) = RM10.40

Kerugian utk satu unit = RM 10.40 / 1000 = RM0.0104

Stoploss = RM2.00 – RM0.0104 = RM1.9896

Memandangkan saham ni berharga diantara RM1.00 – RM2.99, satu tick bermaksud 1 sen. Jadi possible stoploss ialah RM1.99. Alamak..takkan satu tick jek. Dalam sehari trading day pon dah boleh cecah stoploss la kalo camni.

Kesimpulan, kene guna modal yang lagi banyak ataupon kene naikkan risiko. 2% risk tu macam rendah sgt jek. So, pikir2lah percentage yang sesuai. Otai2… ada nasihat tak? Heh..

-Fuad-