Tghari tadi aku dah beli Metastock. Esok try install n tgk macam mane nak main charting. Istilah baru yang aku dok baca, terutama sekali dari thread Nora :

  1. EOD Data – End of Day data, data yang penting utk wat charting. Setiap hari data ni di update tentang counter, tarikh, open, high, low, close dan volume.
  2. Contra – Teknik yang digunakan dengan beli saham tak guna duit. Kita boleh jual balik dalam T+3. Lepas T+4 remieser akan force sell. Kalo untung, dpt duit atas angin tapi kalo rugi, kene bayar yang rugi tu kat stock broker.
  3. Day Trader – orang yang beli dan jual saham dalam hari yang sama. Brokerage fee ialah 0.15% utk day trader.
  4. Chandelier Exit Strategy – Teknik ni dipakai dengan kita setkan satu value cth x. Stoploss kita mesti sentiasa harga-x. Tiap kali harga naik, stoploss jugak akan naik. Tapi bila harga turun stoploss maintain sampai cecah stoploss, kenelah jual cepat2..
  5. Brokerage Fee – yuran yang kene bayar kat broker tiap kali wat transaction samaada beli ataupun jual. Kalo day-trader charge die 0.15% (atau RM12 mana yang lagi tinggi) dan kalo swing-trade / normal charge dier 0.6% (atau RM12 mana yang lagi tinggi).
  6. Clearing Fee – yuran yang kene bayar tiap kali transaction samaada jual atau beli. Charge die 0.04%.
  7. Stamp Duty – Ni kire cukai utk setiap transaction samada jual atau beli. Jumlah dia ialah RM1 utk RM1000 atau pecahannya.

Itu je dulu utk hari ni. Make sure ble orang tanya bleh jawab.. heheh..

-Fuad-