Main saham ni umpama menuju ke medan perang. Kalo main saham kat Malaysia, kenelah bersedia melawan Pahlawan2 Kungfu, Taek Wan Do, Silambam, Silat Lincah, Silat Gayong, Tomoi dan bermacam2 lagi yang memang dah expert. Kalo di arena antarabangsa plak, kenelah bersedia utk bertempur dengan Samurai Jepun, Muai Thai Boxing, Tinju, Caipiora dan macam2 lagi.

Peperangan ni bukan senang, ramai lagi orang lagi terer kat gelanggang saham. Kalo tak tahu apa2 memang mencarik nahas masuk ke medan perang. So, Nasihat utk aku, buat persediaan betul2.. Jom tgk ape persediakan yang aku Kene wat.

Perisai

Walau xde baju besi lagi, pakai perisai kayu pon jadilah. Teknik asas pertahanan, Chandelier Exit Strategy. Tugas aku, untuk setiap saham yang aku kaji, define range stop loss & ceiling.

Senjata

Buat masa nih, gunakan EOD dulu sebagai senjata. Hah? Parang kontot jek? Haha.. Parang kontot pun kalo pandai pakai leh gak menang. Sementara aku xdak Metastock, pakai dulu EOD utk analysis. At least somewhere to start with.

Pencak

Walau menggunakan parang kontot semalam aku dah buat first analisa pakai close price. Baru belajar wat kuda2. Hurm.. Arini menggunakan parang kontot jugak gunakan pencak Moving Average peringkat pertama. Mari berkenalan dengan pencak paling asas yang mempunyai 7 peringkat.

  1. Moving Average (MA)
  2. Linearly Weighted Moving Average
  3. Exponential Moving Average (EMA)
  4. Displaced Moving Average (DMA)
  5. Moving Average Crossover
  6. Moving Average Momentum Oscillator
  7. Moving Average Convergence Divergence

Sekarang ni, ramai orang pakai pencak MA peringkat ke-7, MACD. Tapi camne aku nk terer peringkat ke-7 terus kalo peringkat pertama pon x lepas lagi. So, mulakan pencak MA peringkat pertama…

Go to Battle.. Warghhhhh….

-Fuad-