Aku dok dengar audio book Trading For A Living dari Dr. Alexader Elder. Aku tertarik nk buat calculation bile dia sebut pasal stop loss. Katanya, jangan rugi lebih dari 2% daripada keseluruhan equity.

Sebagai contoh, aku menggunakan saham K-One dan beli semalam. Assume aku dapat beli pada harga close price = RM2.00 seunit. Memandangkan brokerage fee ialah 0.6% atau RM12 yang mana lagi tinggi, amatlah rugi kalo beli lagi sket dari RM2000 sebab brokerage fee tetap RM12.

Jadi, aku beli 10 lot. Jadi pengiraan dia:

Saham K-One, 1000 unit (10 lot) = RM2.00 x 1000 = RM 2000.00

Brokerage fee (0.6% atau RM12 minimum) = 0.6% x RM 2000 = RM 12.00

Clearance Fee (0.04% drpd purchasing value)= 0.04% x RM 2000 = RM 0.80

Stamp Duty (RM1 utk setiap RM1000 atau pecahan= RM 1 x 2 = RM 2.00

Jadi jumlah yang kene tolak dari akaun CDS aku ialah RM2014.80. Maksudnya kalo aku nk stoploss kene make sure takleh rugi lebih dari RM40. Kalo aku nk kira stoploss,

Kerugian tanpa slippage cost RM40 – (RM14.80 x 2) = RM10.40

Kerugian utk satu unit = RM 10.40 / 1000 = RM0.0104

Stoploss = RM2.00 – RM0.0104 = RM1.9896

Memandangkan saham ni berharga diantara RM1.00 – RM2.99, satu tick bermaksud 1 sen. Jadi possible stoploss ialah RM1.99. Alamak..takkan satu tick jek. Dalam sehari trading day pon dah boleh cecah stoploss la kalo camni.

Kesimpulan, kene guna modal yang lagi banyak ataupon kene naikkan risiko. 2% risk tu macam rendah sgt jek. So, pikir2lah percentage yang sesuai. Otai2… ada nasihat tak? Heh..

-Fuad-