Semalam En. Aku cerita pasal saham yang dia dok usha – HTPadu (5028) Saham dalam Main Board, Industri IT. Okeh..utk permulaan belajar Fundamental, apa yang aku tgk dalam satu saham dari segi Fundamental.

1) Pembesar2 Dalam Syarikat

Aku tak kenal sorang pon dalam list orang2 besar dalm HTPadu. Setahu aku HTPadu dilahirkan selepas CEO dia, Mohd Hilmey resign dari PNB. Tak pasal2 syarikat ni pon resign sekali. Mostly pembesar2 dia terdiri dari orang Melayu. Satu lagi yang aku take note, sape pemegang saham terbesar. KWSP ngan ASB melabur dalam HTPadu. Personally aku rasa ini petunjuk yang baik..

2) Price / Performance History

Aku glance tgk chart price history, awal2 dulu tinggi pastu dah merudum sekrang ni. Harga asal tak silap aku 3 ringgit lebih, tapi harga semalam RM1.18 jek. Pastu transaction volume dia 30 jek.. Ni ada baik ada buruk gak ni.. Nnti kita bincang..

3) Industry

HTPadu berada dalam industri IT. ICT ni dapat perhatian dari kerajaan. Dan khabarnya RMK9 pon ada gak dok sebok2 pasal ICT. Dan kemungkinan besar dapat project byk nnti. Apapon aku kene pastikan siapakah leader dalam ICT. Kelebihan tahu leader.. Biasanya leader akan naik dulu pastu baru yang lain naik.. Dah tahu leader naik, cepat2 la beli pengikut2 nih.. Itu pendapat aku jela..

4) EPS, PE & PEG

EPS atau nama penuh dia Earning per Share aka Perolehan Setiap Syer. Formula dier EPS = Untung / Jumlah Syer. Takyah susah2 nk kira sebab dalam Laporan Syarikat dia dah cakap brape EPS. Aku rujuk Laporan Syarikat 2005, EPS HTPadu = 0.14  Apa guna bendaalah ni? Tak berguna selain boleh compare ngan tahun2 sebelumnya. HTPadu EPS compare tahun sebelumnya 0.12 naik sket. Tapi asal2 nyer pada tahun 2000, EPS dia 0.33. Fuyooo..

PE ialah Price to Earning Ratio aka Harga berbanding Pendapatan. Kegunaan EPS ialah utk kira PE sebab formula PE = Harga Saham / EPS. So, aku pakai yang harga semalam dgn EPS 2005  PE = 1.18/0.14 = 8.43 Apa maknanya? PE menunjukkan pendapat para pelabur pasal sesuatu saham. Makin tinggi nilai dia maksudnya ramai orang suka, kalo rendah tu x ramai orang pandang ler. Selalu jugak PE yang tinggi sgt menunjukkan saham tu overprice.. maksudnya macam harga sekarang ni tinggi sgt berbanding dengan prestasi Syarikat. Ini menunjukkan ada potensi utk jatuh..

PEG, nama penuh Price to Projected Earning Growth aka Harga berbanding Peningkatan Potensi Pendapatan. Formula PEG = PE / Potensi Pendapatan. Aku tak jumpe projected growth utk HTPadu tapi Mohd Hilmey bagitau ICT projected growth 12%. Kita pakai yang ni. PEG = 8.43/12 = 0.7 Apa yang PEG ni bagitau? Lagi rendah PEG lagi bagus sebab PEG yang rendah menunjukkan potensi tinggi tapi tak ramai orang / pelabur pedulik. So, inilah peluang buat pelabur yang betul2 stadi market macam kita.. keh keh..🙂 Apapon sebab perlu diingat bahawa ketepatan PEG bergantung kepada ketepatan potensi pendapatan. Sape2 boleh main taruk cakap company dia berpotensi meningkatkan keuntungan berapa peratus pun..

Haha..dah panjang sgt dah. Lenkali boleh tambah lagi.. Sapa2 yang nk tambah apa lagi apa yang perlu dilihat utk buat Fundamental Analysis, silalah komen panjang2.. Kita sama2 tgh belajar.. Oh ya, rankin dari buku Stock Performance Guide ialah 5.. Maksudnya average.

Selamat menganalisa saham..🙂

-Fuad-