Haha..lama sungguh aku x updet blog.. Takda masa. Action Item aku utk wat e-book pon x kesampaian.. Huh.. Arini aku nk cakap balik pasal buku Stock Performace Guide -Malaysia keluaran Dynaquest aritu. Aku telah memandang rendah buku tu.. Aku silap..

 Aku baru beli satu buku “How to Make Money from Your Stock Investment Even in the Falling Market” di tulus oleh Ho Kok Mun. Panjang sungguh tajuk dia. Buku ni cerita guna fundamental utk pilih saham. Baru aku sedar maklumat2 penting yang ada dalam buku Stock Performance Guide tu..

Tapi memandangkan langkah2 dia memerlukan masa dan pastu pulak banyak tak ingat saham yang nk kene study aku x start buat lagi.. Aku dok baca buku Come Into My Trading Room – Dr Alexander Elder. Balik technical analaysis.. heh😛

Adik aku Ismail nak lepak ngan aku nnti. Dia mmg terer Math dan dengan otak dia yang mudah memahami perkara baru dan mencabar ni, aku pasti dia akan tertarik. Aku nak mintak dia tulun analsis saham pakai Fundamental ngan Technical sekali. Harap2 pasni aku post entry guna hasil study dia.. Haha.. Cara belajar yang cepat dan mudah..🙂

Okes.. Selamat belajar Saham..

-Fuad-