Salam…. 

Dah bersarang kelulup dah blog main saham nih. Lama betul aku tidak mencoretkan sesuatu disini dan itu jugak bermaksud pembelajaran aku pasal saham dah tergendala buat seketika.

Sebelum tu, aku nk tegaskan bahawa aku bukanlah orang yang berpengalaman main saham apatah lagi nak kata terer. Walhal, aku tak pernah pon beli saham. Kewujudan blog ni adalah personal tracking aku nk belajar saham. Bagi mereka2 yang nk meminta tunjuk ajar, leh la rujuk kat Blog2 Otai Saham kat belah kiri ni sebab aku selalu lepak baca blog derang.

Semalam aku dah install balik Metastock 9.0 ngan EOD dari bizfun. Pembelajaran tergendala aku nk sambung balik. Sebetulnya aku dah ada bajet nak dikorbankan dalam pertarungan saham ni, tapi aku tgh tunggu economy crash. Heheh. Aku ada very very very very bad experience dalam real estate investment, so aku lebih fobia lagi dalam risk management.

Sebab aku dok mengusha saham untuk dibeli time economy crash, aku mengodek2 stock lebih pada Fundamental Analysis buat masa ni. Sekarang tgh baca buku I Love Stock ditulis oleh Pauline Yong, www.stocktips123.com.

Aku terpikir nk bagi buku Stock Perfomance Guide (March 2006) pada sape2 yang rasa rajin nk wat fundamental analysis. Sebab aku rasa byk sgt stock aku nk kene study, so aku ingin merasuah sesiapa yang berminat nk wat fundamental analysis dengan buku nih. Hahak. Lagipun aku nk beli yang keluaran March 2007 plak. Jadik, sape2 berminat leh bagitau aku dan diharap leh jadik study group partner aku.

Selamat kembali belajar saham buat aku.. Haha..

-Fuad-