Sebelum pegi ke lapisan ke-2, sedikit review pasal analisis semalam menggunakan GDP (Gross Domestic Product) atau dalam bahasa melayunya KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Kalo tgk listing % perubahan yang dibagi oleh JPM (Jabatan Perangkaan Malaysia), perubahan tu merujuk kat atas tahunan (y-o-y) dimana kalo Q2 2006 akan di bandingkan dengan Q2 2005.

Pendapat peribadi aku, lagi bagus kalo compare ngan last quarter untuk tgk perkembangan pasaran cth Q2 2006 compare ngan Q1 2006. Kalo ikut ni, 3 sektor yang aku sebut semalam,

Agriculture, Forestry & Fishing = 8.1%
Mining & Quarrying = -0.9%
Manufacturing = 3.26%

Itu satu lagi alasan kukuh untuk aku pilih Agriculture, Forestry & Fishing  sector. Heheh😉 Ok sekarang lapisan ke-2. Aku sebenarnya menjangkakan lapisan ke-2 ni senang je. Sebab kat list SC memang dah susun ikut sektor. Jadi aku boleh copy paste jela. Senarai saham2 ‘halal’ yang terbaru bleh dapat kat website SC.

http://www.sc.com.my/

Yang terbaru versi Oktober 2006. Berbalik yang aku ckp masalah tadi. Berdasarkan sektor aku pilih semalam iaitu Pertanian, Pembalakan dan Perikanan. Malangnya kat list tu ada perladangan jek.  Dari 48 kaunter, 40 yang dilulusakan oleh SC sebagai suci untuk diperdagangkan. Lupa aku nk tegaskan, aku nk wat analisis untuk Main Board je. 2nd ngan Mesdaq tu biar je dulu. Lek2. Slow2…;-)

Yang memeningkan pale aku ialah nk list company2 pembalakan mcam TA Ann, Jaya Tiasa, Subur Tiasa, Sanbumi, Wijaya Baru, WTK Holding, Evergreen Fibreboard. Sume stock2 ni die letak bawah sektor barangan industri. Pastu stock lain dalam perikanan dan pertanian, memang aku blank nk list camne. Kalo nk search sebijik2, demam jugak ler nak mencari. So, buat masa ni aku list yang plantation je dulu..

Langkah seterusnya tgk ranking kat buku Stock Performace Guide dan make sure yang 5 star ke atas je lepas. Kebanyakkan plantation ni boleh tahan gak dia punya ranking. Apapun.. jom tgk keputusan esok.

No.  Kod  Nama Sekuriti

1.  2291  Asiatic Development Bhd
2.  7054  Astral Asia Bhd
3.  1899  Batu Kawan Bhd
4.  5069  BLD Plantation Bhd
5.  1929  Chin Teck Plantations Bhd
6.  5029  Far East Holdings Bhd
7.  2372  Glenealy Plantations (M) Bhd
8.  1953  Golden Hope Plantations Bhd
9.  2399  Guthrie Ropel Bhd
10.  2402  Highlands Lowlands Bhd
11.  2216  IJM Plantations Bhd
12.  2607  Inch Kenneth Kajang Rubber PLC
13.  1961  IOI Corporation Bhd
14.  5027  Kim Loong Resources Bhd
15.  1996  Kretam Holdings Bhd
16.  2445  Kuala Lumpur Kepong Bhd
17.  2003  Kulim (Malaysia) Bhd
18.  3131  Kumpulan Guthrie Bhd
19.  5193  Kurnia Setia Bhd
20.  6572  Kwantas Corporation Bhd
21.  5851  Ladang Perbadanan Fima Bhd
22.  4936  Malpac Holdings Bhd
23.  2518  Mentakab Rubber Company (Malaysia) Bhd
24.  5026  MHC Plantations Bhd
25.  1902  Multi Vest Resources Bhd
26.  2038  Negri Sembilan Oil Palms Bhd
27.  5047  NPC Resources Bhd
28.  6823  PPB Oil Palms Bhd
29.  5113  Rimbunan Sawit Bhd
30.  5126  Sarawak Oil Palms Bhd
31.  2054  TDM Bhd
32.  8109  TH Group Bhd
33.  5112  TH Plantations Bhd
34.  2313  The Ayer Molek Rubber Company Bhd
35.  3972  The North Borneo Corporation Bhd
36.  5019  Unico-Desa Plantations Bhd
37.  2089  United Plantations Bhd