List kat bawah ni aku dah filter guna ranking dari Stock Performance Guide March 2006. Aku gak masukkan stock bawah categori Timber Product (no 14 – 18) yang aku klafikasi sebagai sektor perhutanan/pembalakan. Semuanya dah ditapis ikut ranking dalam Stock Peformance Guide yang mana di ambik kira fundamental penting dalam sesuatu syarikat macam kestabilan, keuntungan, pengurusan dan lain2. Dengan tapisan guna ranking ni dah menjimatkan banyak masa.

Next stage ialah mengkaji stock2 ni ikut basic FA macam EPS, PE, NTA, DY, ROE. Good news sume dah ada dalam Stock Performance Guide. Aku just nak highlight. Drawback dia, data dalam tu hanya terupdate pada March 2006. Kalo arini aku sempat download sume report untuk 18 company tu, dan malam ni aku sempat godek2 cari maklumat yang diperlukan, aku leh pakai latest punyer info. Fuhh.. lepas tapis pon banyak tu. Baru korang tau asal aku nk wat study group kalo nk blajar saham ni..😉

Ranking kat bawah ni more or less dah take care of basic factors yang aku sebut tadi. Tapi elok gak kita go trough benda2 alah ni sebab ia penting dalam FA. Untuk analisis esok aku nak guna kaedah PRINCE D yang diceritakan oleh Pauline Yong dalam buku I Love Stock. Aku rasa ni dah memadai untuk wat analisis buat kali ni. Kalo korang nk wat analsis pakai kaedah Warren Bufffett atau cikgu dia Benjamin Graham, aku amat alu-alukan. Pastu share la skali ye..

Personally, aku lebih suka kaedah yang di ajar oleh Adam Khoo dalam buku dia Secret of Self-Made Millionaires yang di ilhamkan dari kaedah Warren Buffett sebab buy & sell signal tu lebih jelas. Apapun, plan aku, pakai dulu kaedah PRINCE D pastu analisis lagi pakai teknik Adam Khoo tu nk dapat proper intrinsic value of the stock.

Selamat menganalisa…

No.   Kod       Star        Nama Sekuriti   

1.     2291       6             Asiatic Development Bhd
2.     1899       7             Batu Kawan Bhd
3.     1929     5.5           Chin Teck Plantations Bhd
4.     2372       5            Glenealy Plantations (M) Bhd
5.     1953     6.5           Golden Hope Plantations Bhd
6.     2399      5             Guthrie Ropel Bhd
7.     2402     5.5           Highlands Lowlands Bhd
8.     1961       6             IOI Corporation Bhd
9.     5027     5.5            Kim Loong Resources Bhd
10.   2445      7              Kuala Lumpur Kepong Bhd
11.    2038     5              Negri Sembilan Oil Palms Bhd
12.   6823     5.5            PPB Oil Palms Bhd
13.   2089      6             United Plantations Bhd

14.   5082      5             Cymao Holdings Bhd
15.   5101      5              Evergreen Fibreboard Bhd
16.   5095      5             Heveaboard Bhd
17.   8745      6              Leweko Resources Bhd
18.   5012      6             Ta Ann Holdings Bhd