Arini aku wat filteration pakai kaedah PRINCED kat senarai saham semalam dan keputusannya.. (klik gambar utk besarkan)

princed.gif

Sume fail. Haha..😛 Secara ringkas bleh cakap saham2 sekarang ni tidak di tahap undervalue.

Sebelum tu, kite borak sket pasal PRINCED nih. P stand for PE (Price Earning Ratio) dan guideline dia ialah kurang dari 15. Pasal formula korang leh rujuk entry sebelum ni, yang penting PE ni akan bagitau brapa cepat kita leh dapat balik duit kita bila dump kat sesuatu saham. Maka, lagi kecik lagi bagus bermakna lagi cepat kita dapat duit kita tu macam ROI la lebey kurang.

R stand for ROE (Return On Equity) di mana brapa banyak company tu boleh buat duit menggunakan equity yang derang ada. Lagi banyak bermaksud lagi bagus. Guideline dia 15%. Kalo korang tgk table kat atas, 2 company je yang leh dapat ROE tinggi dari 15%. Guideline ni mmg agak ketat sebab mengikut kaedah Waren Buffett. Pada aku, 10% tu dah ok dah. Apapun, stick kat 15% dulu buat masa ni.

I stand for Instutional Investor. Kat Malaysia ni mungkin ASB, KWSP, PNB, Khazanah dan geng2 unit trust manager fund boleh dianggap Investor yang berpengaruh.

N stand for NTA (Net Tangible Asset). Guideline dia, harga saham tu takleh lagi tinggi dari nilai NTA. Logiknya, takkan korang nak beli benda yang nilai dia singgit dengan harga 2 ringgit. So, beli barang kena harga lagi murah dari nilai sebenar dia. Common sense. Nk jual x kesah la kan.. Lagi tinggi lagi bagus.

C stand for Company profile. Ini memang memakan masa kalo nak wat analisis. So, aku skip kaedah ni dalam tapisan kali ni. Satu lagi sebab aku skip ialah aku yakin masa kat stage 3 (Stock Performance Guide Ranking) dah pon filter faktor ni. Cara yang biasa digunakan ialah SWOT, Strengh Weakness Opurtunity Treat. Dengan mengkaji ke-4 faktor ni, kita leh tau sesebuah company ni ada peluang untuk berkembang di masa depan.

E stand for EPSG (Earning Per Share Growth). Guideline dia lebih dari 15%. Sebenarnya growth untuk PRINCED ialah 3 tahun tapi sebab kat SPG ada value untuk 5 tahun, so aku pakai 5 tahun yang mana ianya lagi bagus. EPSG ni akan menunjukkan keupayaan sesebuah syarikat menjana pendaptan kepada pelabur secara konsisten.

Last skali D which is stand for DY (Dividend Yeild). Guideline dia paling koman pon 5%. Bayangkan kalo simpan kat bank pon dapat dalam 3%, kat saham kita leh dapat 5% pastu appreciate in value plak. Tapi mmg tidak dijamin akan sentiasa dapat la dividen ni. Apapun, DY ni menunjukkan kestabilan sesuatu syarikat. Lagi banyak dividen lagi bagus tapi keyword dia konsisten.

Kalo korang suruh aku pilih stock apa paling best, aku akan kata BKAWAN dan IOICORP. BKAWAN sebab dia pass paling byk kategori dalam analisis PRINCED. IOCORP sebab dia lepas ROE > 15% dan EPSG yang bagus. NTA tu mungkin fail buat masa ni tapi korang kena tau NTA bergantung pada harga semasa. Aku just kena monitor bila price dia bawah NTA dan masa tu aku beli la saham ni.

Esok aku nk wat chart analisis untuk BKAWAN & IOICORP. Kita tgk pernah tak dalam sejarah IOICORP harga saham dia lagi rendah dari NTA.

Nota: Sebenarnya ada banyak lagi maklumat yang korang leh dapat dari table aku wat kat atas ni. Maklumat yang berguna untuk monitor saham yang bagus. Apa kata korang cuba wat analisis sendirik. Hint: PE bergantung pada harga semasa dan cara terbaik nk tentukan guideline PE ialah ambik purata PE bagi saham2 dalam sektor yang sama.

Selamat menganalisa…

-Fuad-