Aku tengok price IOICorp semalam RM19.20. Pastu aku glance trough kat dalam SPG pun price range dia untuk 4-5 tahun lepas sume lagi tinggi dari NTA. Maksudnya pelabur sanggup bayar mahal untuk stock ni. Mungkin bila sesuatu barang tu berkualiti, orang sanggup bayar dengan harga yang tinggi. So, aku x buat chart analisis untuk IOICorp. Latest NTA dia ialah RM4.60 untuk satu Share. Bayangkan, orang sanggup bayar 4 kali ganda dari NTA. Ish Ish Ish. Jadik skip IOICorp. Aku ada wat analisis untuk BKAWAN. Tengok chart ni dulu..

 batu-kawan.GIF

Masa terbaik nk beli ialah Oktober sampai Disember 2006. Time tu harga saham lebih rendah dari latest NTA. Itu dari segi data dia sebab Annual Report hanya kuar pada ujung September. Kalo nak beli saham BKAWAN ni, kene tunggu harga dia lebih rendah dari RM8.03. So, next step dalam FA, monitor saham tu dan beli bila masa yang sesuai tiba. Dalam masa yang sama, studi la plak saham2 yang lain. Keyword dia, beli saham hanya pada harga yang murah. Bargain hunting bro.

Something to Ponder:

  1. Kita boleh forecast NTA based on previous data. Kononya 5 tahun lepas average increment dalam 10%. Pastu menggunakan forecast value ni aku rasa satu approach yang baik . Dengan cara ni kita leh spot best price lebih cepat. Tak yah tuggu Annual Report kuar dulu. Tapi… itu forecast jela. Tiada jaminan.
  2. Observation aku, forecast ESP dalam SPG more or less sama ngan actual. Boleh guna tu untuk PE guideline.
  3. NTA analisis tak sesuai untuk saham2 yang tak banyak aset macam service & technology. Truly aku nk kaji lebih mendalam fakta ni.
  4. Apa yang aku boleh buat lagi untuk improve analisis saham.. Guna PE average untuk sesuatu sektor pastu letak buffer sket.. Wat forecasted NTA for 2007. Study FCPO market. Pendapat aku derivatives price akan mempengaruhi jugak equities price. Pendapat aku..kalo salah harap ditegur.

Buat masa ni, rehat dulu dari belajar FA, next week kita start blajar TA plak. Bila start main2 chart ni teruja nak blajar TA meruap2. Don’t limit yourself. Hybrid normally have more advantages..😉

-Fuad-