Weekend lepas aku dok review balik buku pasal TA. Glance2 trough. Aku rasa xdek point kalo aku study indepth pasal sume indicator sebab selagi aku tak test kat data & market aku takkan tau sesuatu indicator tu bagus untuk di pakai ke tak. So, plan aku aku nk pakai MA, MACD ngan Stochastic je dulu dan tengok keserasian ngan aku. Pastu aku nk pakai teknik 3 screen yang di ajar oleh Alexander Elder. Aku rasa yang paling penting ialah kena wat trading plan yang spesel untuk setiap stock yang nk main. So, fokus aku ialah 3 indicator kat atas tu pasti triple screen approach. Aku nk try ngan historic data je dulu untuk carik plan yang terbaik setakat aku mmpu jela.

Mintak tulun sat: Stakat ni aku tak tau lagi nk plot data period lain selain dari daily data. Aku ada EOD data, so nak plot intra-day price memang mustahil la. Cuma aku tak tahu nk plot weekly, monthly based on EOD data yang aku ada tu boleh ke? Sape2 tau sila lah tunjuk ajar.

Langkah pertama dalam TA semestinya memilih saham mana yang nk di analisis. Yang lecehnya takde reference yang khusus yang compile data2 macam volume ngan price change on untuk satu2 stock. Kalo FA, Stock Performace Guide ada. The only way, masuk setiap chart pastu tgk la dia punya condition sesuai utk dipermainkan. Otai2 yang experience ada komen tak?

2 perkara penting yang perlu di tengok (ini aku ignore fundamental value) ialah liquidity & volatility. Bahasa mudah dia senang nak jual/beli dan harga dia tak flat. Petunjuk dia ialah volume ngan price change.

Ciri pertama ialah Volume. Kalo volume dia tinggi, senangla kalo nak berjual beli sebab ramai penjual & pembeli berminat pada saham ni. Ada guideline tak? Aku tak jumpa lagi. Sebab aku pon xdek experience so buat masa ni, aku xleh nk bagi cadangan.

Action Item: Cari brapa average transaction volume untuk stock2 dalam sektor plantation untuk bulan Januari & Februari 2007.

Ciri ke-2 ialah Price Change. Kalo harga dia flat jek, susah aa nk trade. Tapi ni terlalu subjektif, sebab kalo price dia tukar cepat sangat, merbahaya buat budak baru belajar macam aku ni. Perlu diingatkan, biasanya TA digunakan oleh trader. So, bila aku borak pasal TA mostly mind set aku jadik trader, kalo aku borak pasal FA mindset aku jadik investor. Tapi the best kalo leh pakai TA ngan FA tak kira la trader ke investor. Lagi bagus. Buat masa ni, formula aku TA = trader. FA = Investor. Buat masa ni.

Nota: Leh rujuk entry En. Aku pasal trader ngan investor ni.

Berbalik pasal price change tadi. Aku tengah pikir lagi camne aku nk wat guideline dalam kategori ni (Guideline sebelum pakai indicator). Mungkin leh tgk perubahan harga dalam masa sebulan. Ntahla. Kene try & error dulu nih.

Esok aku nk blajar MA macam entry sebelum ni dengan tambahan aku nk test kat stock BKAWAN. Oh ya, aku prefer bar chart. Alasan sebab x terer candlestick. Haha😛

-Fuad-