Aku baru lepas kebah demam. Dan aku jugak baru jek dpt donload EOD utk bulan 2, aritu ada problem. Sebelum aku membebel pasal TA, aku nk share satu harapan aku kat otai2 dan peminat2 saham di Malaysia. Aku ada baca satu buku yang aku tertarik dengan kaedah workshop atau bengkel yang derang buat.

Bayangkan: Satu hari Brader Shah Arin (Kiacaren) announce kat blog dia, dia nk wat bengkel main saham. Peserta maksimum 5 orang jek. Sape cepat dia dapat. Bayaran RM350 untuk 3 hari. Takyah sewa bilik seminar ke apa, macam pegi lepak rumah member la. Kuar makan sama2 (Kos sendirik2). Lepak sama2. Nk tido umah dia pon dia tak kesah. (Aku prefer laki sume bukan atas sebab sexism tapi senang nk rongeng). Tak yah wat nota atau presentation slide. Konsep dia just macam member pegi lepak ngan member sambil blajar main saham. Selain dari santai dan unformal, boleh lagi kamcing dan nak tanya soklan bengong2 pon tak segan sangat. Dan bagi Shah, RM1750 dalam masa 3 hari, ok ape. Next time leh wat lagi dah trust me, memang aku pasti mencari2 bengkel yang sebegini. Apa pendapat korang?

Aku nk borak pasal 2 jenis TA arini. Classic & Computerize. Klasik TA ni dipakai oleh otai dulu2 dan jugak sekarang dengan mengkaji patern sesuatu graf. Dogma utamanya, History tend to repeat Itself. Contoh dia macam Head & Shoulders, Double Tops & Bottoms, Triangle, Elliot Wave dan sebagainya. Kalo pakai Candlestick mungkin lagi banyak nama2 patern yang boleh digunakan untuk predict future price macam Hammer & Hangging Man, Stars, Doji dan bermacam mak nenek punya patern lah. Leh rujuk expert CS, En. Aku kalo nk belajar lebih lanjut.

Aku personally tak berapa ambik berat sangat ngan klasik TA sebab ianya subjektif dan aku yang otak lembap sket dalam art ni mmg menghadapi masalah menganalisis sesuatu yang subjektif. Tapi aku dapat tip best dari Pakdi kat Blog En. Aku, iaitu tampal patern tu kat Chart baru senang nk bandingkan dan nk ingat pon senang.

Jenis kedua, plak yang pakai computer. Aku pakai Charting Software Metastock 9.0. Computerize TA ni terbahagi kepada 2 plak yang utama iaitu patern following (lagging indicator) dan sekor lagi momentum (leading indicator). Lenkali aku cite detail sket pasal benda alah ni. Yang best pakai TA moden ni buy & sell signal dia lebih objektif dan kalo kreatif nk wat indicator sendirik pon boleh. Best2..๐Ÿ˜›

Chow dulu. Buat Otai2..Pikir2lah idea bengkel aku kat atas tu.