Time aku sampi rumah semalam aku ada 2 agenda, satu AI aku aritu yang nk carik average volume untuk saham sektor Plantation. Yang ke-2 aku tgk berpikir2 nk buat indicator baru yang aku namakan Fuad Profit.

Tup2 aku memilih untuk melakar Formula untuk Fuad Profit dan hasilnya.. Roll the drum please..

Inilah dia formula indictor terbaru, Fuad Profit. Hahak..😛 Aku terbayang sampai berbaris2 la formula dia tapi 2 baris jek. Hampeh tol. Tak nampak gempak langsung. Tujuan utama Fuad Profit ialah nk simulate berapa keuntungan yang diperolehi dengan menggunakan indicator tertentu cth dia 100-Day Weighted MA. Aku berharap aku leh decide untuk saham tertentu, berdasarkan Fuad Profit, sekian2 indicator akan memberikan keuntungan terbaik (based on simulation for previous data jela).

Banyak lagi kekurangan Fuad Profit ni memandangkan aku baru semalam menggodek dengan serius sekali untuk menghasilkan bende alah ni. Antara improvement yang kene wat:

  1. Aku nk kene ganti yang specific indicator dgn general indcator so senangla aku nk switch2 indicator nk carik yang terbaik. Aku terpikir nak pakai Formula Call, fml().
  2. Aku nak tambah syntax Input() utk dapatkan value first purchase date closing price. So, aku tak yah manually calculate brapa unit aku nk beli, aku just specified brapa modal aku ada pastu bila aku nk start simulation.
  3. Aku nk kene tambah trasaction cost. Sekrang ni aku kira manual jugak. Camne nk buat aku tak dek idea lagi. Kalo pakai C++ atau VB aku macam ada idea, tapi pakai metastock formula ni blank2 lagi.
  4. Aku nk integrate multiple indicator dalam Fuad Profit sebab first experiment aku menunjukkan whipsaw dah introduce byk transaction cost. Yang ni pon aku x dek idea langsung nk wat camne buat masa nih.

Seperti biasa, kalo tuan2 atau puan2 ada idea nk buat ni tulun la ajar2kan. Tak pon kalo dah ada indicator yang boleh buat profit calculation based on specific indicator. Tak pon kalo korang tahu ada cara lain selain wat indicator macam simulation ke apa ke. Segala jasa anda amatlah dihargai.

Ini adalah 2 eksperimen aku buat menggunakan Fuad Profit dengan memilih 100-Day Weighted MA sebagai indicator untuk test drive. Asalnya aku guna BKawan (Chart Belah Kiri), tapi saham dia asek naik jek, aku try saham dalam kategori Technology iaitu GTronic.

bkawan_analysis.JPG       globe_analysis.JPG (Klik untuk besarkan atau Right-Click Save As kalo berminat)

Aku nk borak pasal GTRONIC (Chart Belah Kanan), kalo lah aku betul2 beli time 26 July 2005 tu konfem lepas tu aku mesti tak main saham dah. Mau tak nya terus merudum. Kalo orang tanya aku time tu mesti aku ckp, “Tak yah la wei Main Saham, aku dah kene dah. Beli je terus jatuh”. Dan semestinya bila indicator aku bagi buy signal balik bulan 12, 2006 tu jangan harap aku beli. Haha. Tapi, kalo aku mempunyai tahap Psycology yang tinggi dan disiplin yang bagus ikut trading plan, by the time sekarang aku dah untung 80%. Tak sampai 2 tahun profit 80%, banyak tu. Kalo main BKAWAN plak 124% profit. Fuh.. Aku rasa yang paling mencabar bukan carik indicator yang terbaik, tapi nk disiplin dan tak mengikut perasaan sangat tu yang paling susah.

Chow…