Sebelum aku cite apa yang aku blajar kat seminar, aku touch up pasal Risk/Reward Ratio yang agak penting kalo nak wat classic TA.

Satu fact yang chartist terima pakai ialah kewujudan lembu dan beruang.๐Ÿ™‚ Pertarungan antara lembu dan beruang ni akan menghasilkan sentimen harga dalam pasaran yang di gelar Mr. Market oleh Benjamin Graham. Sentimen ini menyebabkan satu fenomena biasa pada observation chartist iaitu penghasilan impulse & rebound dalam gelombang harga sesuatu saham. Berdasarkan fenomena ini, cara paling primitif ialah mengira batang lilin (counting the candlestick bar).

Gambar kat atas ni menunjukkan contoh cara kat kira batang lilin. Biasanya, diulangi biasanya makin banyak lilin hitam, makin tinggi potensi dia nak bertukar menjadi lilin putih. Jadik, contoh diatas menunjukkan pengiraan 4 batang lilin. Cara nak pakai kaedah kira lilin ni, harga tertinggi sebelum berlakunya kemenangan dipihak beruang (mark dgn lilin itam) dikira sebagai target price yakni harga yang kita agak2 leh dapat la nnti.

Bila lembu mula menguasai gelanggang, (mark reversal point kehadiran lilin putih setelah 4 batang lilin hitam โ€“ ini kalo counting based on 4 bar period la) maka ambik harga tertinggi lilin itam yang terakhir sebagai entry point. Tapi kene beli pada next day tu la. Oh ya, aku lupa lak pembetulan, beli pada hari ke-2 lepas lilin itam terakhir sebab hari pertama tu confirmation (sebelum closing trading day, manelah tau dia lilin itam ke putih).

Stop loss pulak letak gak harga terendah lilin hitam yang terakhir. Tadaa, siap. So bila dah reach target price tu jualla, jgn jadi tamak plak atau bila touch stop loss tu jual la jgn takut rugi plak. Senang dak? Risk/Reward Ratio? Jom tgk contoh kat bawah nih.

Dalam kes nih, Saham Telekom Malaysia punya target price RM8.00. Bila dah kira 4 batang lilin itam pastu ada reversal point kehadiran lilin putih, beli pada harga RM7.37 (aku lupa satu tick brape, so anggapla boleh ye utk eg nih). Pastu Stop loss dia RM7.14.

Kalo betul, untung = RM8.00 โ€“ RM7.37 = RM0.63
Kalo salah, rugi = RM7.37 โ€“ RM7.14 = RM 0.23

Risk/Reward Ratio = 0.63 / 0.23 = 2.74

Itulah dia, makin tinggi Risk/Reward Ratio makin bagus. Contoh diatas bermakna kalo kita betul keuntungannya 2.74 kali ganda dari rugi kalo kita salah. Bak kata George Soros, โ€œItโ€™s not whether youโ€™re right or wrong thatโ€™s important, but how much money you make when youโ€™re right and how much you lose when youโ€™re wrongโ€.

Dalam contoh kat atas tu kalo beli saham Telekom mengikut analisa sebanyak 20 lot (tanpa kira brokerage fee),

Beli @ RM7.37 = RM 14,740.00
Jual @ RM8.00 = RM 16,000.00

Untung = RM1260.00 (dalam masa 6 hari)

Fuyoo.. heheh tapi andai kata dia turun (maksudnya market tak mengikut analisis)

Rugi = RM460.

Pendapat aku, lagi bagus kalo tgk inidicator lain sebagai confirmation macam kewujudan doji & tail, volume makin tinggi, momentum indicator macam RSI atau stochastic utk konfemkan reversal point nih. Sekian. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa nk baca.๐Ÿ˜›

Aku dalam dilemma: Aku usha Certified Technical Analyst punya kos kat Open University, RM16,000++ untuk 3 bulan. Gulp. MBA ke CTA.?