You know what, Malaysian market for foreigner is simple. Every September they will come to Malaysia, buy whatever stock regardless of price and then they wait until March and they start to sell. As simple as that” – Foong Mun Keong (President, Celestial Options.)

Ayat kat atas tu aku ambik masa attend seminar kat ATIC 2007 aritu. Sebenarnya seminar tu pasal options, tajuk dia Trading for Income and Wealth Creation in Options. Aku tertarik ngan cerita mamat ni pasal patern saham kat Malaysia mengikut Financial Year Quarter. Mungkin ayat dia tak 100% macam aku quote kat atas tu la, tapi jiz dia pasal harga saham selalunya turun pada Q3 dan normally akan naik pada Q1 of the year.

Arakian, aku pon buat lah kajian cincai2 pasal kata2 dia ni boleh pakai ke tak. Hasilnya secara umum mmg betul. Kalo korang tgk chart KLCI kat bawah nih sepanjang 1995 sampai 2007, hanya pada tahun 2000 dan 2002 je menunjukan harga bulan Mac tahun selepasnya lebih rendah dari bulan September. Yang lain tu ada yang significant beza dia dan ada yang tak jauh sgt pon. Yang kaler merah September, kaler biru March.

klci_septmar.JPG

Dari segi Fundamental aku tak tahu asal Q3 selalunya sentiment pasaran makin turun, mungkin sape2 yang terer Fundamental leh crita ataupon mmg kebetulan jek bulan September harga saham turun.

Pasal option ni aku tak berapa arif sangat lagipun kat Malaysia ni takda lagi option rasanya. Mungkin warrant tu lebih kurang la cara main dia ngan option. Aku kurang pasti, kena banyak belajar lagi. Aku sebenarnya masih mennti janji NextView, penganjur ATIC 2007 aritu derang janji nk email bahan2 seminar tapi sampai sekrang takdek lagi.

Buat masa ni yang aku ingat, Foong Mun Keong bagitau 2 isi penting nak dpt untung ngan option.

  1. Jual Option (tak yah beli)
  2. Main Option dalam masa paling singkat.

Logikalnya, option ni macam insuran. Orang beli insuran kereta bayar RM1000 untuk setahun, kalo kreta dia kene curik, syarikat insuran ganti balik keta tu. Tapi kalo takde masalah dah sume nya ok jek, Syarikat Insuran tu dengan gembiranya dapat RM1000 dengan hanya soh orang sain beberapa helai kertas dan tunggu tahun depan dia renew balik insuran. Jadik tugas orang jual insuran ni ialah memastikan risiko kereta di curi tu rendah contohnya kereta mahal2  kena letak GPS & auto shutdown engine dan macam2 lagilah as long as risiko di curi tu seminima mungkin.

Begitulah jugak bagi orang yang nak jual option, carik harga yang mana kemungkinan untuk harga cecah limit tu terlalu rendah. Tektik dia (dia disini merujuk pada si Mun Keong), dia ambik harga paling tinggi dalam masa 3 bulan atau lebih, jual option pada harga tu. Kemungkinan harga option akan cecah nilai tertinggi dalam masa paling singkat (selalunya 1 bulan) amatlah rendah. Begitulah alkisahnya.

Nnti kalo NextView email aku meterial seminar tu, aku share kat sini. Selamat bermain saham atau futures atau warrant atau apa saje korang nk main janji halal. Adios.