Arini aku nk crita apa yang aku dok kaji selama 3 hari. Metastock explorer. Tahukah korang bertapa byknya saham kat Bursa Malaysia tu? Aku tak tau.. heh. Leh tulun bagitau tak?

Sebab byk sgt saham, camne kita nk pilih saham nak main buat masa sekrang. Kalo rajin leh bukak chart satu2 tgk mana stock yang patern chart dia menarik. Tapi jenuh la kan. Salah satu cara yang agak efektif ialah menggunkan Metastock Explorer. Benda alah ni akan tapis saham2 yang byk tu mengikut kriteria yang telah ditetapkan (kita la yang define criteria tu)

First thing kena tahu dulu apa yang nk dicari. Macam aku buat ni aku nk tgk close price arini lagi tinggi dari harga semalam. Aku define, paling koman pon harga arini mesti 15% lagi tinggi dari semalam (aku tgh carik trend yang tgh menglembu). Pastu aku define plak, make sure volume arini lagi tinggi daripada biasa, guideline aku mesti tinggi 70% daripada 50-day MA utk Volume. Biasanya Volume tinggi ni menunjukkan kuasa lembu tu tgh tahap dewa. Sila klik gambar dibawah utk besarkan.

fuad1.JPG

Aku expect aku akan nampak chart yang ada lilin putih panjang sebab price change dia tinggi. Mungkin kurang tepat sebab aku kene masukkan parameter hari ni punya close – open price. Nanti la aku upgrade. Apapun jom tgk aku punya Metastock Explorer untuk Price & Volume Breakeven. Kredit buat Sifu Pakdi yang mengajar aku benda alah breakeven ni salah satu faktor penting nk pilih saham untuk main swing.
Kalo korang tgk kat tapisan dia, dari 930 saham (Fisrt Board saje tak masuk 2nd ngan Mesdaq) yang lepas hanyalah 12 saham. Jimat masa kan? Dari kita bukak satu2 yang 930 saham tu, poning beb.

Senarai saham yang lulus filteration aku ni:

  1. Talam Corporation Bhd
  2. MULPHA-WA
  3. MUI Properties Bhd
  4. MMM-WA
  5. MKLAND-WA
  6. Malayan United Industries Bhd
  7. LIQUA-WA
  8. LBS-LB
  9. Kumpulan Perangsang Selangor Bhd
  10. HIL-WA
  11. Damansara Realty Bhd
  12. AMDB Bhd 

Sebagai bukti keputusan, aku bukak 3 chart dari senarai saham. Yang pertama tu Talam Corp. Ya itu dia Lilin Putih panjang selepas doji. Volume tinggi, apa lagi buy signal tu dude. Heheh (Amaran, ini adalah kata2 orang yang wat analisis separuh masak).

talam.JPG

Yang kedua Mulpha, Yaa itu dia. Long Marubozo White candle. Lilin Panjang Putih yang Botak.Tapi aku nmpak macam dah nak cecah resistance limit jek. Berhati-hati.

 mulpha.JPG

Yang ketiga MUI Properties. Doji diikuti dgn satu lilin botak pendek satu lilin botak panjang. Buy signal bila harga cecah high lilin hitam yang terakhir sebelum Doji. Yup, that suppose to be today. (today tu merujuk masa aku last update EOD 22/3/2007)🙂

mui.JPG

Nota: Mungkin pasni bleh tambah indicator momentum oscillator sebagai confirmation tambahan macam RSI, ADX atau Stochastic. Oh ya En. Aku tgh mendalami ilmu ADX, korang leh rujuk blog dia.

Nota 2: Aku try buat filteration price breakout based on Moving Average, tapi banyak sangat yang lepas filteration tu. Lagi pulak masa volume tinggi tu mungkin price hari tu dah tak ok sangat. MA ni bagi signal lebih lambat dari analisis pakai lilin jepun (Candlestick).

Cukup buat hari ini. Sambung pelajaran kita lagi nnti. Kepada En. Aku, SPG aku pos arini ini. Maaf buat ko tertunggu2..

-Fuad-